Latihan dan Alat Bantu Lompat tinggi

Anda yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini, perlu berlatih untuk memantapkan gaya dan cara larian yang konsisten. Kemudian barulah anda boleh mempelajari pula fasa lonjakan(take-off), layangan, dan mendarat. Alat-alat bantu seperti tilam ketangkasan, tali menggantung bola (latih melonjak), skitel, tandaan, tali palang, dan tiang adalah sangat diperlukan untuk memberi daya keyakinan.

Anda perlu membuat latihan dengan aras ketinggian mula yang rendah, kerana latihan yang sedemikian akan meyakinkan diri dan membetulkan teknik lari, lonjak, layang, dan mendarat.